Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Ke 6

Sultan Abdullah Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang Ke 6


Sultan Pahang Ke 6-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah
Sultan Pahang Ke 6-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah



Kuantan: Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah 59 tahun dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang Ke 6 menggantikan Paduka Ayahanda Baginda Sultan Ahmad Shah. Pemasyhuran berlangsung penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar dan diumumkan oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Raman Sultan Ahmad Shah. 

Pemasyhuran ini mengikut Pengisytiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang (Bahagian Pertama) telah dibacakan oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Raman Sultan Ahmad Shah.

Maka dengan ini dimasyhurkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa Jumaah Pangkuan Negeri kali ke-110 yang bermesyuarat pada 11 Januari 2019 bersamaan 5 Jamadilawal 1440 Hijrah dan mengikut hukum syarak telah bersetuju memilih, melantik dan memasyhurkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Abdullah Alhaj DK SSAP, SIMP, DK Terenggau, DK Johor, Pemangku Raja Pahang, Waris Ganti menjadi Raja pemerintah yang menaiki takhta negeri Pahang dan segala jajahan takluknya bagi menggantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah berkuatkuasa 11 Januari 2019 bersamaan 5 Jamadilawal 1440 HIjah.
Maka yang demikian ketahuilah pada semua yang hadir seluruh rakyat Pahang dan semua orang supaya mengambil maklum dan menjunjung taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Alhj ibni Sultan Haji Ahmad Shah. 
Sultan Abdullah lengkap berbusana baju Melayu tenun Pahang berwarna kuning diraja melafazkan sumpah sebagai Sultan dan raja Pemerintah bagi negeri Pahang dan segala jajahan takluknya.
Bahawa Beta dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku dan taat setia bagi menjalankan dengan adil dan amanah pemerintahan bagi negeri Pahang dan segala jajahan takluknya mengikut sebagaimana undang-undang tubuh jajahan negeri Pahang yang telh dan yang akan disahkan serta dimasyhurkan dari masa kes semasa, titah baginda.

Mesyuarat Raja-Raja Bagi Tujuan Memilih Yang di-Pertuan Agong



Berikutan peletakan jawatan oleh Sultan Kelantan Sulatan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI, Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong baharu akan diadakan pada 24 Januari ini di Istana Negara.

Oleh itu, Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baru melayakkan baginda disenaraikan pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.  

Kovensyen penggiliran senarai sembilan negeri beraja, turutan negeri dalam pusingan pertama penggiliran sejak 1957 ialah:

  • NEGERI SEMBILAN
  • SELANGOR
  • PERLIS
  • TERENGGANU
  • KEDAH 
  • KELANTAN
  • PAHANG
  • JOHOR 
  • PERAK

Tahniah diucapkan kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang ke 6. Semoga Tuanku dilimpahi ramat dan kesejahteraan.

DAULAT TUANKU!!..


Sumber: Berita Harian

Post a Comment

19 Comments

  1. Tahniah kepada baginda kerana telah menjadi sultan Pahang. Sudah tentu baginda akan menjayakan lagi negeri pahang untuk menjadi negeri yang aman dan maju.

    ReplyDelete
  2. Tahniah baginda tuanku. Semoga negeri Pahang makmur diperintah oleh baginda tuanku. Pasal kes ni lah viral kat wasap pasal cuti 31hb ni kan..hehe

    ReplyDelete
  3. it's such a great news.. tahniah kepada baginda, menjadi Sultan Pahang ke-6/// semoga Pahang terus maju dengan perintah baginda..

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada baginda diatas perlantikkan, semoga negeri Pahang terus aman makmur di bawah pemerintahan sultan berjiwa rakyat..cuma sedih masa baginda bertitah semalam..sebak hati SA...

    ReplyDelete
  5. Tahniah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah! but i'm still so curious why our previous agong quit.. huhu

    ReplyDelete
  6. Ya Allah tahniah pada baginda semoga sentiasa mendapat keberkatan dari Allah bukan senang dapat sultan yang berjiwa rakyat.. I juga rasa macam terharu dapat makan asam pedas masakan isteri baginda masa di penjara bentong haritu...

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada baginda. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. Daulat Tuanku! Setelah sekian lama menjadi pemangku akhirnya ditabalkan jua. Selamat berkhidmat untuk negara dan rakyat jelata Tuanku.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Baginda Sultan! Nad taktau sangat selok belok diraja ni tapi tahniah dan semoga Pahang terus maju! :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah..tak tahu nak cakap apa lagi, hanya tahniah sahaja yang dapat diucapkan..moga negeri Pahang terus maju jaya

    ReplyDelete
  11. saya bukanlah anak jati Pahang tapi kampung sy belah ayah di Pahang. Jadi saya juga turut berbangga bila Sultan Pahang naik takhta sebagai agong Malaysia. Daulat Tuanku !

    ReplyDelete
  12. Menjunjung kasih.. Tahniah tuanku.. Semoga Pahang terus aman damai di bawah Tuanku baginda

    ReplyDelete
  13. to be honest, i dont really follow all these but all hail the new Sultan of Pahang, the number 6 Sultan for Pahang!

    ReplyDelete
  14. Daulat tuanku. Dan tahniah kepada rakyat pahang kerana dah dapat sultan baru. Moga pahang terus cemerlanh

    ReplyDelete
  15. Daulat tuanku. Semoga Pahang lebih maju lagi lepas ni insyaAllah

    ReplyDelete
  16. daulat tuanku. semoga diberi kesihatan yang baik supaya dpt menggalas tanggung jawab yang diamanahkan oleh rakyat pahang

    ReplyDelete
  17. Daulat tuanku. Tahniah atas pertabalan ini. Smeoag dapat menggalas tanggungjawab yang diamahkan..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Daulat tuanku .Semoga menjadi sultan pahang Yang baik untuk rakyatnya .

    ReplyDelete