ARUZ -VS- X70: MANAKAH MENJADI PILIHAN ANDA??

Perodua Aruz -vs- Proton X70

Perodua Aruz & Proton X70
Perodua Aruz & Proton X70

Baru-baru ini dua pengeluar kereta Malaysia Proton dan Perodua telah melancarkan produk keluaran terbaru mereka. Proton telah melancarkan model terbaru SUV Proton X70 dan Perodua melancarkan model SUV Perodua ARUZ. Netizen pasti mula pening untuk memilih model manakah yang menjadi idaman hati. Kedua-dua 'jenama' ini mempunyai daya tarikan tersendiri untuk memikat hati rakyat Malaysia. Pasti kedua-duanya mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan tersendiri.




Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Proton X70
di KLCC Convention Centre

Proton SUV X70

Dilancarkan pada 12 Disember 2018 lalu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Model terbaru keluaran Proton ini dijual pada bermula pada harga RM99,800.00. Proton menawarkan empat varian iaitu:


  1. Standard 2WD dijual pada harga RM99,800.00;
  2. Executive 2WD dijual pada harga RM109,800.00;
  3. Executive AWD dijual pada harga RM115,800.00;
  4. Premium 2WD dijual pada harga RM123,800.00.

Proton menawarkan 4 pakej tambahan untuk pembeli Proton SUV X70 sebagai penghargaan kepada mereka. 


Pakej Servis Xtra - Percuma penggantian alat ganti dan kos pekerja bagi servis kali pertama & kos perkerja percuma untuk 5 kali servis berjadual bagi 100,000 kilometer atau 5 tahun.
Pakej Pembiayaan Rendah Xtra - pembeli yang bekelayakkan ditawarkan kadar faedah rendah bermula dari 2.34% setahun.
Pakej Perlindungan Waranti Xtra - Jaminan perbatuan tanpa had iaitu Proton X70 anda dilindungi selama 5 tahun tanpa mengira jarak perbatuan.

Pakej Data Xtra - Data internet percuma selama 5 tahun (1GB) sebulan.

Model terbaru Proton ini mempunyai ciri-ciri tambahan sekaligus menjadikan Proton X70 sebagai saingan kepada SUV lain seperti:
  • Kamera 360 darjah
  • Sistem pemantauan tekanan angin tayar
  • Kemera pandangan hadapan
  • Sistem bantuan pemanduan terdiri daripada sistem brek kecemasan automatik, amaran keluar laluan serta cruise control adaptif.
  • 6 Beg Udara
  • Ciri kawalan juh telefon pintar
  • 5 Port USB 

Jabatan Pengangkutan Jalan juga mengklasifikasikan X70 sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan mendapat penarafan 5 bintang Asean NCAP untuk penggunaan 6 beg udara. Kesemua varian X70 menggunakan enjin dan tansmisi yang sama.


  • Enjin 1.8 liter turbo.
  • Gear 6 Kelajuan automatik
  • Berkuasa 181 hp dengan daya kilas maksimum 285 Nm.
  • Mempunyai 5 pilihan warna - putih, perak, kelabu, coklat dan merah.
  • Berharga antara RM99,800.00 - RM123,800.





Perodua Aruz

Perodua Aruz dilancarkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia merasakan tren terkini. Aruz dibina  berdasarkan rekabentuk Daihatsu Terios yang menggunakan 95% komponen tempatan. Perodua mengekalkan penggunaan komponen tempatan berbanding jenama lain. Aruz, model ke4 Perodua menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Menawarkan 2 varian iaitu:


  • Aruz 1.5 X dijual pada harga RM72,900.00
  • Arus 1.5 Advance dijual pada harga RM77,900.00
  • Jaminan 5 tahun atau jarak perbatuan 150,000km mana yang terdahulu
  • Pulangan 15.6km untuk setiap liter
  • Gear Automatik dengan 4 kelajuan
  • 6 buah beg udara
  • Kawalan kestabilan kenderaan (VSC)
  • Bantuan mula mendaki (HSA)
  • Cagak ISOFIX
  • Pengesahan pejalan kaki sehingga 50km/j
  • Amaran pra-pelanggaran sehingga 100km/j
  • Amaran pergerakan kenderaan hadapan
  • Kawalan kesilapan operasi pedal
  • 5 Warna pilihan - Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan Amaon Green.


Bonus untuk pelanggan yang membeli insurans motor Perodua Total Protect Plus bermula 9 Januari layak menerima:


  • Perodua Auto Assist percuma
  • Penamaan pemandu percuma tanpa had
  • Elaun banjir sehingga RM1,000.00
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi sehingga RM10,000.00

Mana satu Pilihan Anda?


Setelah disertakan serba sedikit ciri-ciri kedua-dua model terbaru keluaran Proton dan Perodua, mana satukah pilihan anda? Ada banyak lagi ciri-ciri yang boleh anda ketahui. Boleh layari website kedua-dua syarikat berkenaan atau datang ke wakil-wakil pengedar sah untuk membuat uji pandu kenderaan ini. Mesti sukar untuk buat pilihan bukan Kedua-duanya bergaya dan punyai ciri keistimewaan tersendiri dan kelebihan tersendiri. Kami serahkan kepada anda untuk membuat pilihan. Aruz atau X70!


Sumber : Proton dan Perodua










Post a Comment

20 Comments

  1. terbaik la kta nasional kita. semakin maju.
    semakin kompetitif.
    kalau aida, dari segi spesifikasi, pilih x70.
    tapi, fikirkan antara proton & perodua, pilih perodua. proton not so berminat.
    hu hu hu hu hu serabut ni. kebetulan aida memang suka suv.
    before this dok ngidam nissan xtrail.

    ReplyDelete
  2. Murni ada tgk review dlm youtube rodapusing..kalau diberi pilihan Murni pilih x70 kot..

    ReplyDelete
  3. cantik jugak proton baru ni. macam2 spesifikasi baru ada. airah harap nanti ada la rezeki nak pakai kereta best best macam ni

    ReplyDelete
  4. Nak dua2 aci tak? Hahaha. Nasib baru ambik Exora hari tu, kalau tak, mmg dah jadi pilihan hati lah. Tp sbb dha pakai Perodua & Proton so far, kita suka Perodua lagi huhu

    ReplyDelete
  5. Kalau antara Aruz dan X70 saya lebih tertarik dengan Aruz kerana ia ada 7 seatter dan saya memang mencari kereta macam tu manakala harga lebih murah nak banding dengan X70 macam harga kereta import...

    ReplyDelete
  6. Kalau nak suh sis buat pilihan, sis lagi suka perodua Aruz, nampak cantik dimata sis. Lagipun maintenance untuk produa tak le semahal proton kot

    ReplyDelete
  7. Dan berbincang dengan husband tentang isu ini.. akhirnya kami berminat dengan X70 ha ha ha nampak bergaya.. keluaran Proton memang tak mengecewakan selalunya he he he harga pon ok ( pilihan individu semua tak sama kan..)

    ReplyDelete
  8. Bagus jenama Malaysia sekarang dah keluarkan model SUV. dua2 hensem sangat, sampai tak tau nak pilih mana satu. Semoga wishlist tahun ni nak beli satu SUV tercapai

    ReplyDelete
  9. I am interested with these vehicles too. Planning to go test drive soon.

    ReplyDelete
  10. Makin bersaing hebat perodua dan proton.
    Apa apa pun, pilihlah yang terbaik.. Dan yang mampu dimiliki.
    Hehe

    ReplyDelete
  11. Kualiti kereta Proton skrg makin baik. Nnt ada peluang, nak cuba test drive jugak utk model ni .

    ReplyDelete
  12. X70 tu bulanan berapa la eh. Macam sakit je nak bayar bulan-bulan. Alamatnya pakai je la kereta yang ada ni saja. Ahahahaa

    ReplyDelete
  13. woww kereta baru ke..kenapa nampak dua2 macm sama design je..hehee..nad tak kisah pilih mana, hehee..dua2 macam menarik la..besar pun ye

    ReplyDelete
  14. Kalau untuk family car mmg ambik Aruz. Kalau bujang mcm ni mmg kite pilih X70 lah. Sesuai untuk bujang . hehehe

    ReplyDelete
  15. Series cakao, dua dua model ni memang trend in..dua dua cun..harga plak lebih berbaloi..kenapa pilih model luar yg lebih mahal kalau model tempatan pon blh beri prestasi yg sama..

    ReplyDelete
  16. Dah confuse antara dua kereta ni. Dah mula rasa eh mana satu yer pilihan hati sebab dua sama hebat. Memang berbaloi dengan semua ciri-ciri. Apa pun dua2 kereta buatan Malaysia.

    ReplyDelete
  17. Both are good in their own right but then again they cannot be compared in the same category as their target audience (buyers) are different. :)

    ReplyDelete
  18. Kalau ikut spec. Mmg pilih x70 la... Spec gempak gila kot... Tapi aruz pun xkurang hebatnya dengan harga dia tu kan.. Masing2 ada kekuatan masing2

    ReplyDelete
  19. wow ! smart dan bergaya cuma pasal kereta ni saya tak berapa pandai menilai which is the best. Kalau setakat tengok rupa bolehlah. haha

    ReplyDelete